Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

 

Monday, January 21, 2008

Bagaimana Menggunakan Booter (Part1)

Untuk melakukan BOOTING, anda memerlukan 2 program iaitu:

ID Creator - Merupakan Program yang digunakan untuk mencipta ID Yahoo atau lebih dikenali sebagai BOT. Anggaplah BOT sebagai peluru atau askar anda. Oleh itu, lebih banyak BOT yang anda cipta menggunakan ID CREATOR ini maka serangan anda juga akan lebih berkuasa (Bergantung kepada program BOOTER anda).

BOOTER - Merupakan program yang digunakan untuk melancarkan serangan. Anggaplah BOOTER sebagai pistol. BOT yang anda telah cipta menggunakan ID CREATOR akan digunakan oleh BOOTER sebagai pelurunya.

Sekarang anda telah faham tentang fungsi bagi kedua-dua program ini. Sebelum menembak dengan pistol, kita memerlukan peluru. Sebelum melakukan serangan BOOT, kita memerlukan BOT. Oleh itu, kita harus belajar membuat peluru mulai dari sekarang. :))=))

*Harus diketahui BOOT dan BOT adalah merupakan 2 perkara yang berlainan.


Tutorial ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1.Bagaimana mencipta BOT?
2.Bagaimana menggunakan BOOTER


Bagaimana mencipta BOT

Pada bahagian ini, saya akan mendemonstrasikan cara menggunakan Fast ID Maker untuk mencipta BOT.


Download Fast Id Maker V6 kemudian extract file tersebut.




Jalankan program Fast Id Maker V6. Saya menjangkakan anda akan menemui masalah seperti dalam gambar berikut.




Mesej yang dipaparkan adalah seperti berikut;

"Component 'MSINET.OCX' or one of its dependencies not correctly registered: a file is missing or invalid"

Mesej ini telah memberitahu kita bahawa tanpa file MSINET.OCX ini, program ini tidak dapat berfungsi. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu mendownload file MSINET.OCX dan kemudian meletakkannya ke dalam folder di mana program Fast ID Maker anda disimpan.



Kemudian apabila anda menjalankan program Fast ID Maker, mesej yang sama akan dipaparkan akan tetapi file OCX tersebut telah pun didaftarkan. Klik Ok dan jalankan semula program, anda akan mendapat satu lagi mesej yang serupa. Walaubagaimanapun, ia merupakan file OCX yang berlainan. Mesej tersebut adalah seperti berikut;

"Component 'MSWINSCK.OCX' or one of its dependencies not correctly registered: a file is missing or invalid"


Fail OCX yang diperlukan adalah MSWINSCK.OCX. Cara untuk menyelesaikan masalah ini sama dengan cara bagaimana anda menyelesaikan masalah MSINET.OCX sebelumnya. Kebanyakkan program seperti ID Creator dan Booter akan mengalami masalah ini dan anda telahpun mengetahui cara untuk menyelesaikannya. Iaitu dengan mendownload file OCX tersebut kemudian meletakkannya ke dalam folder yang sama di mana program tersebut dijalankan.






1. ID bot anda
2. Taip kata laluan yang anda pilih. (Tidak kurang daripada 8 aksara)
3. Nombor initial permulaan bagi bot anda. Jika ID anda ini_bot_saya anda nombor initialnya adalah 1, maka ID bot anda yang seterusnya ialah ini_bot_saya2 dan semuanya akan dilakukan ditambah secara automatik
4. Taip semula huruf dan nombor sekuriti seperti yang terpapar.
5. Klik butang ini sekiranya anda ingin mendapatkan gambar sekuriti yang baru.
6. Klik butang ini untuk mendaftarkan ID Bot anda.
7. Bot yang berjaya didaftarkan akan terpapar di sini.

Anda boleh mengubah maklumat-maklumat lain seperti nama dan soalan sekuriti akan tetapi anda juga boleh mengabaikannya kerana ia tidak begitu penting. Setelah selesai, anda boleh mendapatkan senarai Bot anda pada file Created Bots yang berbentuk textfile. File ini tersimpan dalam folder yang sama di mana Fast ID Creator disimpan. Seperti dalam gambar di bawah, saya telahpun mencipta 3 bot. Bot yang telah berjaya didaftarkan akan disimpan secara automatik. Seperti yang dilihat, nombor pada bahagian terakhir ID Bot telah ditambah 1 bagi setiap ID. ID bot tersebut telah dipisahkan dengan kata laluan yang saya pilih iaitu 8888xxxx.

ini_bot_saya01:8888xxxx
ini_bot_saya2:8888xxxx
ini_bot_saya3:8888xxxx





Dengan ini anda telah mengetahui cara mencipta dan membina senarai Bot. Selepas mengikuti tutorial ini, anda boleh terus ke bahagian 2 yang menunjukkan cara untuk menggunakan program Booter.

0 comments: